Saturday, 28 May 2016

ME IN THE FUTURE - PART 2


Bagaimana perjalanan saya apabila masuk tahun ke 2 ?


Dengan jiwa yang kental, hari - hari yang sukar dapat dilalui dengan jayanya. Segalanya berkat doa dan usaha. Pencapaian akademik untuk 3 semester tahun pertama, Alhamdulillah, memuaskan. Masih mampu menghadiahkan kegembiraan buat umi dan ayah. Kegembiraan umi dan ayah adalah prioriti saya sebagai anak yang solehahahaha. Perit jerih ibu bapa kita memang tidak akan terbayar dengan wang ringgit namun kita sebagai anak , berdoalah semoga Allah menyediakan mereka sebuah istana di syurga. Doa isteri firaun , Asiah menjadi inspirasi.

Tahun ke 2 di definisikan sebagai tempoh yang mencabar. Cabaran pada jadual , komitmen kokorikulum dan emosi. Jiwa yang tabah, mengikhlaskan diri merealisasikan sebuah impian. Minat seorang abang ammar dan impian seorang kakak farhana.  Minat dan Impian untuk mengendalikan sebuah organisasi yang dianggotai oleh rakan-rakan seperjuangan yang bercabang kepalanya. Bukan mudah untuk membina sebuah organisasi walaupun organisasi yang kecil. Semuanya perlunya SABAR. Lebih lebih lagi berurusan dengan orang atasan. Namun, perpatah klise mengatakan, EXPERIENCES IS THE BEST TEACHER. Setelah dokumen untuk meluluskan sebuah organisasi telahpun lulus dengan jayanya, maka terbinalah PEERS AND COUNSELLING CLUB. Hasil daripada 2 kepala penasihat, demi memuaskan hati penasihat yang tercinta. Saya nak kongsikan tips untuk membina organisasi kecil di sebuah institusi :

1) Pastikan dalam proposal ada matlamat yang jelas dan grammar wajib betul.
2) Pemilihan majlis tertinggi haruslah berdasarkan kelayakkan mereka.
3) TERMS AND CONDITION wajib ada supaya ahli tidak culas,
4) Nasihat daripada PENASIHAT tidak semestinya perlu dilaksanakan, perlu dipertimbangkan.
5) Jangan bawa hal peribadi dalam mesyuarat organisasi
6) Ahli perlu BIJAK URUS MASA BELAJAR DAN KOMITMEN ORGANISASI
7) Meeting tak perlu setiap hari.
8) Ketua organisasi perlu bijak buat keputusan. jika keputusan majoriti tidak masuk akal, tak perlu ikut.
9) Prioriti sebagai muslim wajib dilaksankan oleh semua ahli yang beragama ISLAM.
10 ) Elakkan perasaan nak bercinta dengan sesama ahli.
11) PROFESIONAL dituntut dalam semua organisasi
12) Buat kerja ikhlas dan buat dengan hati yang gembira.


tips yang dhaif daripada saya yang dhaif, Itu semua berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.
Sepanjang tempoh tahun ke 2 , itulah yang dihadap oleh saya. Bergelut dengan masa, konflik dengan organisasi, konflik dengan kawan kawan. air mata selalu mengalir, That's life. No pain, no gain. kan?
Tak dapat disangka , ke sini Allah membawa seorang farhana mengenali sebuah bentuk kehidupan sebagai seorang mahasiswi.


Allahu musta'an






our success program
PEERS AND COUNSELING CLUB





No comments:

Post a Comment