Saturday, 2 July 2016

RAMADHAN 2016

2 Julai


FASA PERTAMA 

Kedatanganmu disambut sekadarnya,
sedangkan kau tetamu terisitimewa,
hadiah untuk para hamba.
bergembira para abid,
mengeluh lesu jiwa hubb dunia.


Ramadhan ini telah aku,
berdoa bersungguh-sungguh,
untuk dimaqbulkan segala impian.
Impian dunia dan akhirat.


Ramadhan ini telah aku,
berpisah jarak dengan penghibur duka,
bentak dan marah aku dipendam dalam dalam.
sunyi dan sepi seorang kakak.

FASA KEDUA

Ramadhan ini telah aku,
merosakkan sebahagiannya dengan kelalaian.
melepaskan ribuan bekalan ke akhirat,
menyesal aduhai jiwa.

FASA KETIGA

Ramadhan ini telah aku,
berazam untuk membaiki diri dengan solat dan al-quran,
semakin aku mendekat semakin diuji kuat,
bersangka baik dengan Tuhan,


Ramadhan ini telah aku,
berserah diri ke Tuhan,

Ya Rabb,
bukankah ujian ini cinta Mu?
bahkan ia datang dari Mu,
maka keluarkanlah kami dari kebuntuan.
hapuskan kesedihan kami.
bantulah kami mencintai dan mencari redhaMu,

Hanya pada Engkau,
kami memohon ya Kareem.



No comments:

Post a Comment